Rabu, 23 Oktober 2013

Allahyarham Major (Rtd.) Awang Haji Marzuki bin Haji Ahmad


Allahyarham Major (Rtd.) Awang Haji Marzuki bin Haji Ahmad (1947 - 2006)


Kehidupan awal
  • Beliau dilahirkan pada 12 Oktober 1947.
  • Ayah beliau bernama Awang Haji Ahmad bin Haji Ismail dan ibu beliau, Dayang Hajah Mahani binti Rayup.

Allahyarham (barisan belakang, tengah) bersama ayah, ibu dan adik beradiknya.


Pendidikan

Allahyarham menerima pendidikan di Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien, Bandar Brunei. Di sini beliau merupakan bekas rakan sekelas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah dalam tahun 1964. Beliau berkelulusan B.Hons (Cardiff) wales, dalam bidang psychology.

Allahyarham (barisan tengah, 4 dari kiri) bergambar bersama KDYMM Sultan dan bekas rakan-rakan sekelas Allahyarham di Maktab SOAS.


Allahyarham (barisan tengah, 2 dari kiri) bergambar bersama KDYMM Sultan dan bekas rakan-rakan sekelas Allahyarham semasa majlis jamuan di Kelab Polo, Jerudong Park.



Allahyarham pernah berkhidmat sebagai guru matapelajaran sains di Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam. Semasa menjadi guru, Allahyarham adalah salah seorang pegawai yang menyusun kurikulum untuk pendidikan Brunei (di bawah Kementerian Pendidikan). Allahyarham pernah berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sebagai 'Commanding Officer' dan bertugas di School of Studies, Penanjong Camp.


Pengasas Boy's Wing ABDB

Semasa menjadi Commanding Officer SOS, ABDB, Allahyarham telah memperkenalkan skim di mana seorang anggota tentera boleh dinaikkan pangkat pegawai. Ini terbukti dengan tertubuhnya Boy's Wing ABDB. Kini, ramai lepasan Boy's Wing ABDB telah berkhidmat sebagai pegawai dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.


Keluarga

Allahyarham berkahwin dengan Dayang Fatimah binti Haji Mohammad dan dikurniakan 4 orang cahayamata, Awang Aziz Azrin, Dayang Ainie Rozalina, Awang Azmirul Azwin dan Dayang Aimie Marfazlina.


Kembali ke rahmatullah

Allahyarham kembali ke rahmatullah pada 13 Mei 2006 pada pukul 2:15 petang. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Rangas, Bandar Seri Begawan.


Pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Rangas, Bandar Seri Begawan



Rujukan

  • Awang Azmirul Azwin bin Mejar (B) Awang Haji Marzuki.

Koleksi Gambar-Gambar


  • Awang Haji Mohammad Ismail bin Awang Haji Ahmad.
  • Awang Azmirul Azwin bin Mejar (B) Awang Haji Marzuki.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan